Powered by Blogger.

Monday 16 February 2015

Sejarah Sekolah


SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH




Bangunan sekolah ini telah didirikan pada tahun 1987 di atas tanah bekas lombong seluas 4.92 ekar (19262m persegi). Ianya siap dibina pada tahun 1992 setelah menghadapi beberapa rintangan.

Sesi persekolahan bermula pada Disember 1992 dengan seramai 7 orang pelajar yang ditempatkan di dalam 21 buah kelas dengan 30 orang guru. Pelajar-pelajar perintis ini sebahagian besar berpindah dari SK Taman Selasih, SK Kg Batu, Sk Batu 4 Jalan Ipoh dan SK Taman Selayang.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru pula telah ditubuhkan pada 16 Januari 1993. Sesi persekolahan 1993/94, Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran telah dibuka bagi menampung seramai 37 orang pelajar. Tenaga pengajarnya pula seramai 10 orang. Pada tahun 2005, Kelas Pra PKBP mula dibuka bagi menampung keperluan murid Bermasalah Pembelajaran. Pn Norhayati Ahmad Mokhtar merupakan guru penyelaras Pra PKBP.



Sekolah ini terus mendapat perhatian ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar. Untuk menampung bilangan pelajar yang kian meningkat, sesi petang terpaksa diadakan mulai 1 Januari 1995. Bilangan murid yang semakin bertambah dari tahun ke tahun mendorong pihak sekolah untuk membuka satu lagi bangunan tambahan. Bangunan satu tingkat tersebut yang didirikan di tepi kantin sekolah telah dibina pada tahun 1999. Ia mula beroperasi pada tahun 2000 yang menempatkan kelas Tahun 4.

Pada tahun 2002, bangunan 4 tingkat dibina bersebelahan bangunan blok C, tepi padang. Sebahagian daripada padang terpaksa dikorbankan bagi memberi laluan kepada pembinaan bangunan tersebut. Pada tahun 2003 bangunan tersebut telah siap dan mula beroperasi pada tahun 2004. Bangunan tersebut dilengkapi dengan bilik darjah dan bilik-bilik khas. Pada tahun itu murid ditempatkan di situ adalah di kalangan murid Tahun 5 dan Tahun 6. Bilik khas yang terletak di situ adalah terdiri daripada Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup serta  Bilik Bimbingan dan Kaunseling.



Bilik Pengawas dan bahagian bawah pula merupakan Dewan Terbuka bagi menjalankan aktiviti murid dan majlis-majlis tertentu termasuk Mesyauarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Serentak dengan itu juga, sebuah bangunan makmal kompuer dua tingkat dibina di antara blok D dan blok C. Pada tahun 2003, makmal komputer digunakan untuk kegunaan murid-murid.

Kini pada tahun 2015, SK Taman Koperasi Polis telahpun mempunyai prasarana yang agak lengkap bagi melahirkan suasana persekitaran pembelajaran yang agak kondusif. Diharapkan SK Taman Koperasi Polis agar terus berjaya dengan cemerlang di dunia mahupun di akhirat.

Wallahualam...