Powered by Blogger.

Thursday 19 February 2015

Jom Melancong Guru SKTKP



Rumah Peranginan KHAS untuk Kakitangan Kerajaan!


Pasti bila terdengar perkataan 'melancong', warga guru khususnya berminat bukan? Masing-masing ada cara tersendiri untuk bercuti apabila tiba cuti persekolahan. Ada yang suka menghabiskan masa bersama keluarga dan ada juga bersama dengan rakan.




Bagi kakitangan awam, tahukah anda bahawa terdapat satu kemudahan yang telah disediakan bagi memudahkan anda untuk bercuti dan melakukan aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan? 

Pihak Bahagian Pengurusan Hartanah, seksyen pengurusan rumah peranginan telah memberi kemudahan kepada penjawat awam untuk memohon rumah-rumah peranginan bagi tujuan berehat mahupun aktiviti kerja.



Untuk makluman lanjut, anda boleh layari di sini: PERMOHONAN RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN 

Boleh mohon secepat mungkin dan seberapa segera. Selamat melancong dan ingat jangan lupa pula tanggungjawab kita kepada ALLAH.


Nantikan entri seterusnya mengenai pelancongan.