Powered by Blogger.

Thursday 19 February 2015

VLE-FROG



JOM KENALI VLE-FROG. Mungkin ramai guru yang sudah mendengar tentangnya bukan? Bolehkah VLE-FROG 100% dilaksanakan dengan jayanya?




Ini satu persoalan cuma bagi admin, admin menyenaraikan 4 perkara asas dahulu perlu dipenuhi bagi memastikan penggunaan VLE-FROG 100% berjaya! 4 perkara tersebut ialah:


1. Perlu adanya projektor/LCD yang mencukupi di semua sekolah di Malaysia.
2. Perlu adanya capaian internet yang sangat laju di semua sekolah di Malaysia.
3. Perlu adanya komputer riba yang mencukup di semua sekolah di Malaysia.
4. Perlu adanya tabir putih yang mencukupi di semua sekolah di Malaysia.

Dengan adanya 4 perkara ini, admin yakin ianya akan memberikan kejayaan dalam penggunaan VLE- FROG di Malaysia.

Namun begitu, mari kita tinjau sedikit mengenai VLE-FROG.

Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. 



Pihak admin akan mengadakan Kursus VLE-FROG kepada semua guru pada 23 dan 24 Februari 2015 ini bertempat di Makmal Komputer Blok F pada jam 2-4 petang. Insyallah, sedikit sebanyak kursus ini akan membantu guru untuk mempelajari VLE-FROG. 

Selain itu, pihak admin juga menyediakan modul dan video tutorial berkenaan VLE-FROG untuk memberikan kefahaman mendalam lagi kepada guru khususnya warga SK Taman Koperasi Polis.



Untuk ke bahagian VLE-FROG sila layari di sini: VLE FROG dan klik di bahagian HOP IN.



Jangan lupa masukkan ID dan PASSWORD VLE-FROG anda. Selamat mempelajari VLE-FROG.