Ilmu Hutan Untuk Geng Hiking Cikgu-Cikgu Lelaki PRIA!
Info ini disediakan khas untuk warga guru lelaki SK Taman Koperasi Polis yang sememangnya mengisi masa lapang dengan 'jungle trekking' di dalam hutan.
Banyak perkara yang perlu dipelajari ketika ingin masuk hutan. Saya sediakan sedikit maklumat khas untuk warga guru lelaki SKTKP khususnya dalam pantang larang, do's and don'ts & prosedur 'MASUK HUTAN'
ILMU HUTAN
Lumut Taik Kera
Kalau kita jalan diwaktu
malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai (mcm kes saya
kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda-benda bercahaya warna hijau. Ala-ala benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah
lumut taik kera, bila siang tak nampak apa-apa, bila malam dia akan keluarkan
cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni
hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je
laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok.
Ular tedung
Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat
gerakan mengejut..Stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila
kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang
separuh je. Oleh tu, kita acah-acah bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan
berundur2 pelan2. - belajar dr orang asli.
Harimau
Jikalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn
unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan
menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi
'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi,
bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli.
Beruang madu
Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat
pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat
seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli.
Kepala air
Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat
dibahagian /kawasan yg pokok-pokoknya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo
tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki
pancing.
Tanda-tanda kepala air
Kalau hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air
naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita
perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat
air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba
ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu,
akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke
warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit
sebelum arus besar datang (kepala air).Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa,
dr kejauhan dah dengar..
Nak masak air
Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau
tempat yg mengalir deras. Rasionalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing
kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2.
- belajar ngan askar.
Binatang besar
Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya cth harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat
bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli.
Makan makanan yg dimasak
Ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan
sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan
menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan
kaki pancing lain.
Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang
Biasanya, bila kami kat hutan, kami
akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang.
Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan
kecondongan matahari. - belajar dr pengalaman.
Jaga-Jaga Jika Hutan Senyap
Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi
sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli.
Di bahagian khemah pula , jangan lupa letakkan karbaid kuning untuk mengelakkan serangga berbisa datang.
Ok itu sedikit sebanyak tips "ILMU HUTAN" yang ingin dikongsikan. Selamat berhiking kepada semua warga guru lelaki SKTKP dan selamat menikmati keindahan alam sekitar ciptaan ALLAH.
Jumpa lagi di entri seterusnya berkenaan mengembara di dalam hutan...