Powered by Blogger.

Friday 21 February 2020

PROGRAM ZIARAH CAKNA.

WARGA SKTKP PRIHATIN.


Pada 10 Februari 2020, satu program telah diadakan di peringkat sekolah. Program Ziarah Cakna ini dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid bersama JK Bimbingan Dan Kaunseling serta JK Disiplin Dan Pengawas. Program ini menekankan sikap ambil peduli, prihatin, kasih sayang dan bekerjasama. 
         
Program ini juga adalah untuk menerapkan budaya sekolah penyayang dikalangan warga sekolah. Perasmian telah diadakan di Dewan Dirgahayu SK Taman Koperasi Polis seawal 7.30 pagi. Guru Prihatin Murid Sejahtera, Ke Arah Cicir Sifar menjadi tema kepada program ini. Program ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKTKP,
Encik Saifulruddin bin Mohamed Samsuri. 

         Setelah tamat perasmian, pasukan Program Ziarah Cakna yang terdiri daripada Guru besar SKTKP, Encik Jamaludin bin Mohd Hashim, YDP PIBG, PK HEM, Guru Bimbingan Dan Kaunseling dan Ketua Guru Disiplin telah membuat lawatan ke rumah dua orang murid yang telah dipilih oleh sekolah. Diharapkan keprihatinan warga sekolah ini akan membuka mata komuniti SKTKP dan sekitarnya agar lebih cakna dengan keadaan murid di SKTKP ini.



Barisan AJK Program Ziarah Cakna.
Barisan Pentadbir SKTKP bersama YDP PIBG.

Perasmian oleh YDP PIBG Encik Saifulruddin bin Mohamed Samsuri.

Program Ziarah Cakna ke rumah murid.



Cikgu Shima 2020