Powered by Blogger.

Thursday 10 September 2015

Kahoot & Google Cardboard? Apa tu?


Salam semua, ada sedikit info ICT khas untuk anda semua khususnya para guru dalam mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar pada masa kini.

Baru-baru En Khairul Fakrullah selaku guru penyelaras bestari telah menggunapakai sistem pendidikan abad ke-21 dengan menggunakan aplikasi ICT terkini iaitu "KAHOOT" dan "GOOGLE CARDBOARD" di dalam kelas beliau tahun 4 dan 5.

Baiklah, mesti guru-guru baru pertama kali mendengar "KAHOOT" dan "GOOGLE CARDBOARD" bukan?



Kahoot merupakan satu aplikasi kuiz interaktif online yang sangat menarik dan mampu memberikan satu ransangan positif kepada murid ketika sesi P&P. Kuiz ini boleh dibina sendiri oleh guru mengikut subjek yang diinginkan.

Untuk menggunakan kahoot, para guru boleh klik dan mendaftar dahulu di: https://getkahoot.com/

Mudah sahaja membina kuiz menggunakan aplikasi ini. Sangat menarik dan paling penting menggembirakan hati murid!

Lihat contoh-contoh kuiz yang telah dibina oleh En Fakrullah menerusi aplikasi kahoot:



















Semestinya sangat menarik!!

Baiklah untuk BBM yang kedua ialah "GOOGLE CARDBOARD". Apa itu google cardboard? google cardboard ialah satu teknik di mana pelajar dapat bermain dalam satu permainan yang bercorak pendidikan khususnya dalam bentuk 5 atau 6 dimensi.

Bagaimana tu? Google cardboard baru sahaja popular di Amerika Syarikat dan kini baru sahaja datang ke Malaysia.



Dengan menggunakan google cardboard, pelajar dapat mengilustrasikan diri dalam permainan pendidikan yang dapat mencabar minda selain dapat meningkatkan pengetahuan ICT kepada murid. Rata-rata google cardboard yang ada di pasaran dijual dengan harga RM20 ke atas.

Google cardboard ini hendaklah dipasang bersama dengan gajet canggih yang telah dimuat turun aplikasi VR iaitu satu aplikasi khas untuk melihat grafik/ilustrasi 5D atau 6D menerusi google cardboard ini.

Faham kan? memang best menggunakan 2 aplikasi terkini ini. Dijangkakan di negara-negara maju, 2 bahan bantu mengajar ini akan digunakan secara meluas di sana. Di Malaysia pula, sama-sama kita nantikan!



Jika anda sebarang kemusyiklan mengenai 2 BBM ini, boleh terus berjumpa dengan penyelaras bestari. InsyaALLAH, dengan kewujudan 2 BBM ini, murid bukan sahaja seronok ketika belajar malah dapat meningkatkan daya tahap pemikiran ICT mereka selaras dengan arus pemodenan masa kini.

TQ