Powered by Blogger.

Thursday 21 January 2016

Hanya 20 SAAT! Tukar Format PDF kepada WORD


Salam semua kepada pembaca laman web SK Taman Koperasi Polis ini. Baiklah untuk info ICT pertama bagi tahun 2016 ini, suka kami terangkan sedikit kepada anda bagaimana cara mudah untuk format PDF kepada format WORD! Tak lama pun, hanya 20 SAAT!

Semestinya, para guru sangat memerlukan info begini. Baiklah, pertama kali sekali anda perlu klik dahulu SINI














Yang bagusnya laman web ini, ianya tak perlu mendaftar, jadi anda terus klik PDF to WORD. Kemudian, gambar di bawah akan terpapar.











Klik Choose File dan pilih mana satu fail PDF yang ingin anda tukarkan kepada format WORD. Tunggu sehingga pertukaran format berjaya dan alhamdulillah akan jadi seperti gambar di bawah.




Dan akhirnya anda klik Download File. Seterusnya, bolehlah anda gunakan format Word itu untuk pelbagai tujuan. Oh ya, anda juga boleh tukarkan dalam pelbagai lagi jenis format dalam laman web Small PDF ini. Mudah je kan?

Selamat menggunakannya. Semoga ianya membantu anda!