Powered by Blogger.

Friday 29 January 2016

Cara Mudah Muat Turun Video Dari Internet!


Salam semua pembaca laman web SKTKP,



Pembelajaran Abad ke-21 semestinya memerlukan kreativiti guru untuk menarik perhatian pelajar dengan alat bantu mengajar yang menarik.

Semestinya salah satu darinya ialah menggunakan Video untuk satu-satu topik pembelajaran. Walaupun begitu, kadangkala internet yang lembab mengagalkan rancangan guru untuk "streaming" video tersebut.

Bagi menyelesaikan masalah ini, adalah lebih selamat untuk guru memuat turun video berkenaan di dalam komputer dahulu.



Terdapat beberapa aplikasi muat turun video yang mudah untuk para guru gunakan tetapi kami SYORKAN satu aplikasi perisian yang mudah iaitu SAVEDEO

Jom kami ajar langkah demi langkah kepada anda!

1. KLIK SAVEDEO



2. Kemudian paste link Youtube video mana yang berkenaan 

3. Kemudian pilih sama ada anda nak format MP3 atau format MP4 dengan kualiti yang paling tinggi. Klik sebanyak 2 kali. Macam gambar di bawah, kami nak download video surah al jumu'ah.



4. Dan Alhamdulillah berjaya!


Senang je kan? Para guru boleh muat turun sebanyak mungkin video yang diinginkan! 

Semoga Berjaya!